IKLAN NUFFNANG

Friday, June 10, 2016

KENAPA MENGANTUK DAN TAK BERTENAGA SELEPAS MAKAN

#Info Bersama Dr Kamal

Kita makan untuk mendapatkan tenaga tetapi kebiasaannya kita akan rasa mengantuk dan tak bertenaga selepas makan.

Pelik tak?

Tak pelik. Sebenarnya ini adalah disebabkan oleh aktiviti sistem saraf 'parasympathetic'. Sistem saraf Parasympathetic adalah salah satu sistem saraf yang mengawal badan manusia. Apabila sistem saraf parasympathetic diaktifkan, badan manusia akan diset kepada mode 'rest & digest' atau 'feed & breed'. Antara waktu aktiviti sistem saraf parasympathetic diaktifkan adalah selepas makan.

Apabila makanan masuk ke dalam salur makanan dan perut, secara automatik receptor-receptor saraf parasympathetic di sepanjang salur makanan akan diaktifkan dan seterusnya akan menghantar maklumat ke otak.

Otak kemudian akan turn on suis sistem saraf parasympathetic. Pada masa ini, badan kita akan dikawal oleh sistem saraf parasympathetic.

Apa yang terjadi seterusnya?

Apabila sistem saraf parasympathetic mengawal badan kita selepas makan :

1. Darah lebih banyak dihantar ke organ pencernaan seperti perut dan usus untuk mencernakan makanan. Jadi darah yang dihantar ke otak akan berkurang. Ini menyebabkan kurangnya oksigen yang sampai ke sel-sel otak. Sebab itulah kita rasa mengantuk.

2. Aktiviti-aktiviti sel badan secara umumnya menjadi perlahan. Ini menyebabkan kurangnya penghasilan tenaga. Sebab itulah kita rasa lemah.

Kesimpulannya, rasa mengantuk dan lemah selepas makan adalah disebabkan sistem saraf parasympathetic yang diaktifkan.

Anda juga boleh KLIK >>> SINI untuk info tambahan.


No comments :

Post a Comment