IKLAN NUFFNANG

Wednesday, May 21, 2014

KISAH NENEK DAN PEMANDU TEKSI

Ada 3 orang nenek tua pergi ke pusat membeli belah. Selepas membeli-belah, mereka menahan teksi.

Ketiga-tiga naik teksi dan duduk di kerusi belakang. 10 minit dalam perjalanan, terdengar plastik berbunyi di belakang, 10 minit selepas itu, nenek bertanya kepada pemandu teksi.

Nenek : Adik ohh adik, kamu mahu makan kacang?

Pemandu teksi : Boleh juga makcik.

Sambil dia menghulur tapak tangannya ke arah nenek tadi tanpa menoleh ke belakang, dia pun melihat di telapak tangannya penuh dengan pelbagai jenis kacang. Lalu memasukkan ke dalam mulut.

Pemandu teksi : Oii, sedap kacang ni makcik. Fresh lagi. Tiada garam.

10 minit kemudian, makcik bertanya.

Makcik : Adik, kamu mahu kacang lagi?

Pemandu teksi : Boleh juga makcik.

Sambil menghulur tangannya. Selepas dimasukkan ke dalam mulut dan mengunyah, dia bertanya kepada makcik tersebut.

Pemandu teksi : Makcik, tak makan kacang ke?

Nenek itu pun jawab.

Nenek : kau tau lah kami ni dik. Sudah tua, tiada gigi. Kami suka hisap dia punya coklat saja!


No comments :

Post a Comment