IKLAN NUFFNANG

Wednesday, May 21, 2014

DENYUT NADI AKU


Assalamualaikum  & Salam pembaca!

Dalam hari-hari kita, pasti ada benda/gajet yang sangat penting, kalau tak ada benda tu kita rasa kekurangan. Aktiviti harian akan terganggu, kerja jadi tak efektif. 

Ada orang perlu pakai jam tangan. Kalau tangan tak dipakaikan jam, hidup jadi tak normal, rasa serba tak kena. Ada orang pula yang perlu sentiasa ada telefon bimbit bersama jika tidak satu hari tu akan rasa gelisah.

Korang pulak macam mana?

Kalau aku benda yang paling penting dalam hidup aku hanya ada 2 saja...
1. Planner
2. Buku catatan

Kalau tak ada benda ni...fuhhh kelam kabut dibuatnya! Habis satu hari tu akan jadi huru-hara!

Aku perlukan planner untuk mengatur jadual harian aku. Disebabkan banyak kerja yang aku buat dalam satu masa jadi aku betul-betul perlukan planner. 

Dalam planner tercatat segala janji temu dengan prospek mahupun bisnes partner aku. Segala meeting dan juga kelas semuanya tercatat dalam tu. Kadang-kadang bila dapat call untuk appoinment sekian-sekian hari, terus aku masukkan dalam planner, then lepas tu confirm aku lupa. Malam tu baru aku review dan remind balik apa yang aku perlu buat dan apa kerja aku untuk hari esok.

Selalunya aku dah atur siap jadual aku mengikut mingguan dan juga bulanan. Just follow saja sebab tu la kadang-kadang ada kawan yang nak jumpa lepak-lepak susah aku nak entertain dan kalau kenduri kahwin lagi la....kalau bagitau dalam masa terdekat memang aku tak dapat attend. Selalunya kena bagitau at least sebulan atau dua bulan lebih awal.

Pernah terjadi ada seorang customer buat appoinment then aku setuju saja.balik-balik bila buka je planner...mak aiii full! So kat situ aku kena adjust banyak benda dan kadang-kadang aku kena sacrifice aku punya waktu rehat dan makan. Dah banyak kali dah jadi macam tu! 





Stuff yang kedua pulak mestilah buku catatan. Aku ni jenis orang yang banyak berfikir....analytical type of person. Setiap hari aku banyak berfikir dan memang kena berfikir. Kadang-kadang aku rasa tenaga aku banyak dicurahkan pada berfikir. Sedang memandu pun boleh berfikir dan buat planning. Sebelum tidur pun aku selalu berfikir dan berkhayal...aku banyak berfikir for the future dan banyak daydream apa yang aku nak jadi...apa impian aku....macam mana aku nak kembangkan lagi bisnes aku...banyak bendalah. Pasal orang lain, gosip-gosip selalunya bukan minat aku. Dan aku bukan lelaki yang minat bola sepak, suka bermain tetapi tak follow the games. Jadi masa aku tak ada la habiskan pada bola.

Setiap kali berfikir, selalunya banyak idea yang aku akan dapat. Terlalu banyak idea...then aku perlu catat terus idea tersebut dalam buku catatan aku. Kalau tak cepat saja lupa. Walaupun idea tu kita tak boleh nak implement terus tapi aku percaya dan yakin idea tu pasti berguna untuk kita pada masa depan...who knows!

Dalam buku catatan tu pun ada tercatat aliran keluar masuk duit aku. Duit masuk dan duit keluar aku kena control dan mesti tahu duit datang dan pergi, kalau tak keep track, fuhh akan berlaku banyak kebocoran! Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Memandangkan aku tak ada asisstant, so aku yang kena uruskan sendiri. Tunggulah setahun dua nanti, dah ada orang rumah nanti barulah hidup lebih teratur. Sekarang ni buat yang terdaya dulu...hehe.

Ini sajalah 2 benda penting yang perlu ada dalam hidup aku. 

Kata orang putih : Plan your work and work your plan!

Ramai yang tahu tapi tak ramai yang buat..

Sekian.

No comments :

Post a Comment