IKLAN NUFFNANG

Wednesday, July 20, 2011

LAGI HUKUM TENTANG TATOO

Bismillah...

Menjawab pertanyaan daripada seorang sahabat berkenaan hukum tatoo. Sebenarnya malas nak bahas berkenaan tatoo ni sebab tak ramai yang buat, selalunya non muslim tapi kalau nak jumpa orang Melayu Islam bertatu cukup jarang. Tapi tak apalah, saya jawab juga.

1. Apa itu tatu?

Tatu  ni sejenis perbuatan yang mana kita buat tanda pada badan dengan masukkan warna dalam kulit dengan cara mencucuk menggunakan jarum, melarik, dan sebagainya. Pendek kata, kita masukkan warna pada kulit untuk menjadikan satu design atau corak tertentu. Lazimnya, anggota badan yang bertatu seperti tangan, belakang badan, bibir dan lain-lain.

Jangan kita keliru dengan mencorakkan sesuatu pada tapak tangan dengan menggunakan inai ketika kahwin. Itu bukan tatu, itu saja-saja lukis atas kulit je kemudian selang beberapa bulan lukisan/design tersebut akan beransur hilang. Dan ini sama sekali tidak menjejaskan solat kerana air masih dapat mengalir atas permukaan kulit ketika wuduk.

2. Apa kesan tatu?

Antara kesan yang mungkin didapati :
- Alahan pada kulit disebabkan pewarna yang digunakan. Kulit akan menjadi bengkak dan gatal-gatal.
- Jangkitan penyakit hepatitis B
- Jarum yang tercemar digunakan juga boleh membawa kepada jangkitan HIV dan hepatitis C

3. Hukum bertatu?

Memang ada dalil yang mengatakan hukum bertatu adalah haram.

Hadith riwayat Al-Bukhari

"Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuan yang mengubah ciptaan Allah".

Hadith riwayat Muslim juga ada menyatakan

"Bahawa Rasulullah saw melaknat orang yang membuat cemara (menyambung rambut), orang yang minta dicemarakan, orang yang membuat tatu dan orang yang minta dibuatkan tatu".

Cukup 2 dalil hadith sahih yang mengharamkan tatu. Larangan bertatu tidak ditujukan hanya pada perempuan, malah lelaki pun lebih-lebih lagilah...mungkin sebab zaman Rasulullah dahulu, yang gemar membuat tatu untuk tujuan kecantikan adalah di kalangan wanita...wallahualam.

4. Jika dah terbuat adakah wajib menghilangkannya?

a) Orang yang mukallaf (Islam, baligh, berakal) jika dia bertatu atas kerelaannya sendiri dan untuk menghilangkan tatu tersebut hanya dengan cara kaedah perubatan atau cara pembedahan sedangkan doktor dah maklum bahawa akan datang mudarat seperti hilang anggota atau fungsinya dan akan menyebabkan keadaan anggota tersebut menjadi buruk tetapi dia tidak takut langsung maka dia WAJIB hilangkan tatu tersebut.

Tetapi jika dia takut akan mudarat itu, maka tidak wajib untuk dihilangkan tatu tersebut dan dia tidak berdosa setelah dia bertaubat.

b) Orang yang dipaksa bertatu sedangkan diri dia tidak rela maka tidak wajib dia hilangkan tatau tersebut.

c) Orang yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang gila maka tidak wajib hilangkan tatu tersebut tetapi orang yang buat tatu padanya akan menanggung dosa (gatal2 pegi buat sape srh?)

d) Orang kafir yang memeluk Islam. Jika dia bertatu sebelum dia masuk Islam adalah wajib untuk dia hilangkan tatu tersebut. Hukumnya sama seperti (a).

5. Sebab apa tatu haram? Apa kesan dalam ibadah?

Sebenarnya, bila kita buat tatu dan kita cucuk jarum pada kulit untuk masukkan pewarna, darah akan bertakung di permukaan kulit kesan cucuk tadi. Jadi bila darah bertakung, hukumnya najis jadi solat tidak sah sebab hukum tanggung najis. Wudhuk tak sah, solat pun tidak sah.

Habis tu macam mana pula dengan jenazah yang dah meninggal dunia? Wajib hilangkan?

Oh no no no....kita haram untuk hilangkan tatu pada badan jenazah tersebut kerana perbuatan tersebut dapat menyeksa lagi si mayat.

Orang yang bertatu juga tidak layak menjadi saksi atas apa jua perkara. Kerana syarat nak jadi saksi ini salah satunya tidak fasiq iaitu melakukan dosa besar atau dosa kecil yang berterusan.

Orang ini juga tidak layak menjadi wali nikah untuk anak dia atau sesiapa sahaja kerana dia tergolong dalam orang yang fasiq.

Itu sahaja yang dapat disampaikan. Terima kasih pada yang bertanya =)

2 comments :

  1. bagus2!...me n my frenz tengah citcat fasal hukum bertatu bagi mualaaf yg msk islam...ttiba trjumpa blog ni....good point..

    ReplyDelete
  2. kalau prempuan muallaf tapi dia nak masok islam tpi dia tkut buang tatu??sbb dlm islam kan pernah ckp kalau memudaratkan so xperlu buat.asal dia jga ibadah..betol ke?

    ReplyDelete