IKLAN NUFFNANG

Wednesday, July 20, 2011

KEKOSONGAN JAWATAN

Semua Pelajar Universiti Malaya,

KEKOSONGAN PETUGAS PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SISWA (PPKS) DI UNIVERSITI MALAYA

Pelajar Universiti Malaya yang berkelayakan, proaktif dan komited adalah dipelawa untuk mengisi jawatan sebagai petugas PPKS di Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan dan Perpustakaan Universiti Malaya.

1. JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (2 KEKOSONGAN)

PTj: Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan
Bidang Tugas: Pembantu Pentadbir Pejabat
Kriteria Petugas: Terbuka kepada pelajar Universiti Malaya (Mengikut syarat kelayakan petugas)
Jenis Pelantikan: Separuh masa & Sepenuh masa.

Senarai Tugas

1. Menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti menyusun dan mengemaskini fail-fail Jabatan.
2. Mengemaskini papan notis di Jabatan.
3. Menjawab telefon dan menjawab soalan-soalan umum.
4. Mengemaskini rekod-rekod lama jabatan.
5. Memastikan kekemasan dan kebersihan meja bacaan pejabat.
6. Membantu perkhidmatan kaunter.
Tempuh Tugasan:   Ogos 2011 hingga Februari 2012
Tarikh Tutup:  29 Julai 2011


2. PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA
PTj: Perpustakaan Universiti Malaya
1) Bidang Tugas: Pendigitisan Keratan Lama (Malaysiana) - (2 KEKOSONGAN).
Kriteria Petugas: Terbuka kepada pelajar Universiti Malaya & Mahir Dalam IT

2) Bidang Tugas: Mengindeks Bahan Tamil Malaysiana - (2 KEKOSONGAN).
Kriteria Petugas: Terbuka & Tahu Membaca Bahasa Tamil

Tempuh Tugasan:  September 2011 hingga November 2011
Tarikh Tutup:  5 Ogos 2011


Kepada pelajar yang berminat untuk bertugas sebagai Petugas PPKS, sila kemukakan borang permohonan yang lengkap diisi dan hantar ke SEKSYEN KAUNSELING, KERJAYA & OKU, UNIVERSITI MALAYA. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman portal pelajar http://umisisweb.um.edu.my/mainpage.php?module=News_khas&show=1&id=164  atau boleh didapati di Seksyen Kaunseling, Kerjaya & OKU, Aras 1, Blok D, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya.

Kekosongan jawatan adalah terhad. Syarat permohonan dan bayaran honorarium petugas adalah seperti yang dinyatakan dalam maklumat PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SISWA (PPKS) di Universiti Malaya. Dimaklumkan bahawa permohonan yang lewat tidak akan dilayan. Hanya satu borang permohonan sahaja yang akan diterima bagi seorang pelajar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Hashim Hj Zainal Abidin Khan di talian 03-79673322.

No comments :

Post a Comment