IKLAN NUFFNANG

Wednesday, April 20, 2011

PEMBANTU PENYELIDIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

Tuan/Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENYELIDIK (KONTRAK)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Bagi pihak Dr. Salwa Hanim Binti Abdul Rashid, sukacita saya mempelawa kepada sesiapa yang berkelayakan untuk memohon jawatanPembantu Penyelidik (Kontrak) di Centre for Product Design and Manufacturing (CPDM), Universiti Malaya 
dalam pelbagai topik yang merangkumi bidang Pembuatan Mapan atau "Sustainable Manufacturing".


Syarat kelayakan pemohon adalah seperti berikut:
1.      Warganegara Malaysia;
2.      Mempunyai Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana dalam bidang sains teknologi / kejuruteraan atau pengurusan / perniagaan / ekonomi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan / luar negara;
3.      Berkebolehan dalam menganalisa data-data kuantitatif melalui penggunaan SPSS atau perisian yang setaraf;
4.      Berupaya berhubung dengan agensi swasta / kerajaan untuk tugasan penyelidikan;
5.      Berkebolehan mencari bahan dan mengedit dokumen-dokumen laporan dan penerbitan;
6.      Boleh bekerja lebih masa jika diperlukan.


Kepada calon yang berminat sila hantarkan CV berserta salinan kad pengenalan dan salinan transkrip yang telah disahkan  benar serta sekeping gambar berukuran paspot dan hantar ke email ini atau datang sendiri ke


Centre for Product Design and Manufacturing (CPDM)
Blok K, Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan
Fakulti Kejuruteraan
University Malaya, Kuala Lumpur
Tel: 03-79677625

Tarikh akhir permohonan: 29 April 2011

Dr. Salwa Hanim Binti Abdul Rashid
Ketua,
Sustainable Manufacturing Group
Centre for Product Design and Manufacturing (CPDM)

No comments :

Post a Comment