IKLAN NUFFNANG

Thursday, April 28, 2011

HARI YANG MENAKJUBKAN

Salam...semoga anda ceria-ceria selalu =)

Pagi ni selepas solat subuh, aku dah bertekad nak hadir ke kelas Bahasa Arab anjuran Persatuan Wanita Islam Bukit Damansara (PERWIDA) di Masjid Saidina Al-Khatab tempat di mana berlangsungnya program Imam Muda Qaryah anjuran JAWI setiap minggu. Dah banyak kali bertangguh nak pergi...

Aku sangat tertarik dengan program di masjid tersebut yang sentiasa hidup dan terisi dengan majlis ilmu. Bila tengok di papan notis terdapat banyak program dan majlis ilmu yang rata-ratanya menarik...sangat menarik. Ada  kelas hadith, tajwid, aqidah, Bahasa Arab dan banyak lagi. Tapi semua itu untuk wanita-wanita yang menetap di Bukit Damansara. Rata-ratanya terdiri daripada golongan veteran yang lanjut usianya tapi bersemangat tinggi.

Yang menarik perhatian aku adalah kelas pengajian Bahasa Arab yang mana dah lama aku aim untuk join tapi tak berkesempatan. Tapi kali ni aku bertekad nak pergi. Bila semak jadual kelas akan bermula jam 7.30 pagi. Dalam pukul 7 aku bergerak naik motor ke masjid tersebut. Dalam hati timbul rasa gementar maklumlah kelas untuk orang tua...wanita pula tu. Tapi aku beranikan diri tebal muka kerana ilmu...

Masuk saja dalam kelas, aku disambut mesra oleh Ustaz Dr. Mahadi. Kelas baru bermula..terkejut beruk aku bila mana ustaz yang menyapa aku tu bertanya dalam Bahasa Arab.....nak tak nak aku kena speaking jugak la...broken pun broken la.....

Ustaz : Ahlan

Aku : Emmm (senyum)

Ustaz : Kaif ta'rif hazih kuliyyah?

Aku : Emm......ana musytarik Imam Muda Qaryah fii hazih masjid

Ustaz : Aiwah...min aina anta?

Aku : min universiti....ops Jamiah Malaya

Ustaz : Thoiyyib...sanah kam?

Aku : Emm....last! (akhirnya English jugak keluar..) Master....

Ustaz : MasyaAllah...sanah akhir. Kuliyyah?

Aku : Kuliyyatul 'Ulum...

Ustaz : Subhanallah..kuliyyatul ulum..kaif tafhamul lughotal arabi?

Aku : Ta'allamt...kuliyyatul sultan alam shah...fii klang

Ustaz : Anta mutazawwij?

Aku : Emm....(hampir bengong aku nak jawab) La'!

Ustaz : Kam 'umuruk?

Aku : arba'ah wa 'isyriin....

Ustaz : MasyaAllah..anta soghiir.......

Yang buat aku rasa sangat kerdil, bila semua makcik yang ada di situ speaking arab......aku rasa sangat bengong, sangat jahil....bodoh gilerrr. Dengan arab yang hampir karat, tergagap jugak la aku nak respon setiap pertanyaan makcik-makcik tu. Salute la makcik-makcik ni....aku yang muda ni pun merangkak terkial-kial lagi tapi diorang expert!

Huh...pembelajaran pada hari ni sangat mengujakan aku. Diajarnya elemen sastera arab berkenaan suasana di sekitar ka'bah...seronoknya! Aku rasa semangat aku kembali macam di zaman persekolahan dulu.

Teringat dulu waktu belajar di sekolah. Aku belajar Bahasa Arab sejak tadika sampai tingkatan 5. Dari segi penulisan InsyaAllah tiada masalah tapi bab nak bercakap ni...kena fikir lama baru boleh terpacul perkataan. Memang tak boleh nak spontan...sebab asyik guna English dan BM je..

Aku tekad...nak belajar balik Bahasa Arab bersungguh-sungguh...nak jadi macam makcik tu..hehe

Bahasa Arab bahasa syurga...bahasa Al-Quran.

Jom siapa nak follow aku belajar sekali...free of charge! Setiap hari Khamis 7.30-9.00 pagi...

Wassalam

1 comment :

  1. woit..kenapa mung delete entry pasal PM KK4?

    ReplyDelete