IKLAN NUFFNANG

Monday, December 27, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

BUAT PEDOMAN BERSAMA.


Go to fullsize image

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan ber sam amu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya......
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang L ain
Kamu juga yang akan MENYESAL....


Go to fullsize image


p/s :  jikalau dah b'teman, biarlah serius dlm p'hubungan. jgn m'jalinkan hubungan skadar utk geli2, gedik2, memuaskn nafsu kmudian selang beberapa thn, cari yg lain plak. t'utamanya lelaki, kalau serius jumpe terus ibu dan ayah pasangan anda....be gentleman!! kalau setakat nak b'teman kluar mkn, blaja sama2, b'sronok, jln sana jln sini tp kata putus tak diberi...baik x payah. buang masa. b'teman biarlah serius ke jinjang pelamin.....bagaimana cara nak serius??? jumpe mak ayah dia a bro!!!


renung2kan....sekadar coretan daripada hasil nukilam Dr. Fadzilah Kamsah. Pada hakikatnya, diri ini pun masih mencari...huh

Monday, December 6, 2010

AKU, LIM DAN ISLAM

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. 


Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. 


Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. 


Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. 


Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 


20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 


Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. 


Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. 


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. 


Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 


'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. 


Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...


Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?


kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?


Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?


Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? 


Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?


Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik 
dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?


Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.


Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.


Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?


Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. 


Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! 


dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. 


Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.


Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.




Thursday, December 2, 2010

UBAT HATI

Ubat hati ada 5 perkara :

1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat malam
3. Bergaul dengan orang soleh
4. Banyakkan puasa
5. Zikir malam berpanjangan

3 TIP BERUBAH KEARAH KEJAYAAN

Oleh: Irfan Khairi


Cuba renung kembali keadaan kita 4-5 tahun yang lepas. Bagaimana bezanya dengan sekarang? Renungkan pula setahun dua yang lepas. Ada tak apa-apa perubahan? Bagaimana pula dengan beberapa bulan yang lepas? Ada tak sebarang perubahan yang besar pada hidup kita? Ataupun tiada bezanya 4-5 tahun yang lepas, setahun dua yang lepas, beberapa bulan yang lepas dan hari ini, lebih kurang sama sahaja hidup kita.

Pepatah Arab berbunyi "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"
Amat mendalam maksudnya untuk kita sentiasa memperbaiki diri setiap hari. Akibatnya, perubahan yang lebih positif akan terjadi pada diri kita.

Manusia merupakan insan bertabiat. Tabiat yang sering kita alami adalah perasaan selesa pada keadaan semasa. Untuk kita berubah kearah kebaikan atau keburukan, sememangnya susah oleh kerana tabiat kita tidak membenarkan.

Bagaikan magnet yang menarik kembali diri kita ke aras keselesaan, walaupun sedikit demi sedikit kita cuba melakukan satu perubahan, magnet tersebut akan kembalikan kita ke aras asal.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan untuk berubah? Berikut adalah 3 TIP untuk kita berubah!

1. Tenaga, mental dan emosi

Seperti magnet, memerlukan tenaga yang kuat untuk mengasingkan dua magnet. Lagi kuat magnet tersebut, makin kuat juga tenaga yang diperlukan untuk mengasingkannya. Kekuatan diperlukan dari segi tenaga, mental dan juga emosi untuk melakukan sebarang perubahan terutamanya perubahan yang kita impikan adalah besar. 

Untuk berubah sekadar untuk bersenam setiap hari di halaman rumah pastinya lebih mudah daripada berubah untuk pergi ke gym seminggu dua kali untuk melakukan senaman yang lebih jitu! Bagaimana pula untuk mengubahkan badan kita menjadi lebih maskulin seperti Arnold Susah-Nak-Eja? Pastinya tenaga, mental dan emosi yang lebih kental diperlukan.

Tidak kira apa sahaja perubahan yang kita ingin lakukan, lebih besar perubahan tersebut, lebih besar tenaga, mental dan emosi kita perlu usahakan.


2. Pengorbanan

"Bekorban apa saja... harta ataupun nyawa" Mesti teringat LAGU dendangan P Ramlee! Dalam apa sahaja perubahan, perlu adanya pengorbanan. Pengorbanan bukan sahaja harta (atau nyawa), tetapi juga masa yang perlu dikorbankan. Dalam mencapai apa sahaja kejayaan yang berbaloi, pengorbanan masa diperlukan- masa daripada apa yang kita telah pun selesa.

Mungkin hari- hari kita pulang dari pejabat, balik rumah berehat dan beriadah. Malam hari, menonton TV sampai terlena. Tetapi, sekiranya impian kita adalah untuk berubah dan menjadi usahawan, maka perlu korbankan masa-masa kita yang seperti mana kita telah pun selesa. Mungkin korbankan masa menonton TV, dan alihkan tumpuan kepada membaca buku-buku perniagaan. Ataupun menghadiri majlis-majlis ilmu perniagaan. Ataupun berjumpa dengan usahawan-usahawan yang berjaya dan mempelajari ilmu perniagaan dari mereka.

Sememangnya untuk berubah, kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan apa saja!


3. Lakukannya dengan mendadak!

Pernah dengar tak nasihat jika ingin melakukan perubahan, lakukannya sedikit demi sedikit. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Dan kita akan berjaya berubahkan diri kita! Betul? TIDAK!

Penyelidikan ada mengatakan bahawa sekiranya ingin melakukan perubahan, manusia seringkali melakukannya secara mendadak. Manusia mencapai kejayaan dalam keadaan lonjatan secara tiba-tiba untuk sesuatu masa. Kemudian pada waktu yang lain, lonjatan secara tiba-tiba dilakukan kembali.

Berubah sedikit demi sedikit, sememangnya mempunyai tempatnya, tetapi untuk lebih efisyen dalam berubah, lakukan lonjatan tiba-tiba berbanding dengan berubah sikit demi sedikit. 

Sekiranya ingin memberi kesan positif kepada boss kita, bukan dengan cara perlahan-lahan mendapatkan pelanggan sedikit demi sedikit untuk syarikat, tetapi, dengan terus mendapatkan pelanggan yang besar secara mendadak! Pastinya kesan kepada boss anda - dan juga anda, adalah lebih mendalam.


Anggap berubah seperti sebuah kapal terbang. Apabila hendak berlepas, tenaga yang  kuat, pengorbanan masa dan juga kelajuan yang mendadak diperlukan. Tanpa tenaga, masa dan kelajuan, pastinya kapal terbang tersebut tidak dapat berlepas. Hanya bergerak dan berpusing-pusing di run-way sahaja! Tetapi, dengan tenaga, masa dan kelajuan, kapal terbang boleh berlepas ke udara. Dan anda perasan tak apabila kapal terbang sudah di udara, kelajuannya boleh dikurangkan?

Begitu juga dengan manusia yang memerlukan ketiga-tiga elemen di atas untuk melakukan perubahan. Apabila sampai satu tahap perubahan, boleh relax sedikit kerana momentum perubahan kita akan membawa kita mencapai kejayaan yang lebih hebat!

Wednesday, December 1, 2010

AIR TIN HARAM

Alhamdulillah...banyak syukur pada Allah diberi kesempatan untuk meletakkan entry seterusnya dalam blog ini.

Pada pagi ini, 1 Disember 2010, jam 6.30 pagi sebaik pulang dari surau mengerjakan solat subuh, saya terjumpa beberapa tin minuman di tong sampah, lebih kurang 4 tin yang berjenama ANGLIA.


Bila teliti kandungannya, saya dapati bahawa minuman ini haram diminum. Dihadapannya tertera perkataan Campuran LEMONED Bir Dan Perisa Anggur Yang Menyegarkan.



Perkataan 'bir' sendiri secara terang lagi bersuluh membawa kepada haram bagi yang membeli, mengangkut apatah lagi yang meminum. Nanti saya akan terangkan dengan lebih jelas.

Ditepi tin tersebut juga tertera perkataan 'Tidak Lebih 1% 1/1 Alkohol. Mengandungi barli'. Astaghfirullah...terkejut saya. Timbul di fikiran saya, siapa yang meminumnya? Jika non-muslim...alhamdulillah, jika yang minumnya orang Islam kita, nauzubillah......


Hairan juga saya, kalau yang meminumnya adalah orang Melayu Islam, bagaimana dia boleh minum sedangkan tiada langsung cop halalnya.

Di sini suka saya ingin menerangkan persoalan arak yang saya petik daripada kitab Mathla'ul badroin karangan Sheikh Muhammad Bin Ismail Daud Fathoni dalam mazhab Syafie.

Bermula orang yang meminum akan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan seperti anggur jikalau SEDIKIT dan jikalau TIADA MEMABUKKAN kerana SEDIKITNYA sekalipun maka ianya haram....(m/s 192)

Khamar (arak) yang dimaksudkan di sini adalah peraman anggur atau barli yang mana peraman itu memabukkan adalah haram diminum walaupun sedikit, walaupun jika minum tidak mabuk kerana asalnya peraman itu memabukkan.

Mungkin yang meminum (jika Islam) tidak tahu atau terlepas pandang kerana  di situ tertera ayat Tidak Melebihi 1% alkohol. Mungkin ada yang beranggapan..'Eh, memang ada alkohol, tapi sikit je, bukan mabuk pun kalau minum..'. Ya betul tidak mabuk, tapi apabila dikatakan arak (peraman anggur atau barli yang memabukkan) maka hukumnya adalah haram walaupun sedikit dan walaupun tidak memabukkan.

Sekiranya masih ada keraguan, boleh datang berjumpa saya. Yang sudah terminum, hendaklah bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.

Wallahualam.