IKLAN NUFFNANG

Tuesday, October 19, 2010

HADIAH HARI LAHIRKU ~19 OKTOBER~

Setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat serta kasih sayangNya, dipangjangkan umur saya sehingga dapat mengecapi nikmat iman dan Islam di waktu usia mencecah 23 tahun.

Saya dilahirkan pada 19 Oktober 1987, pada jam sekitar 1.15 pagi. Sekarang jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Untuk menghargai diri sendiri, saya merancang untuk membuat satu modifikasi terhadap blog saya agar nampak lebih matang dan segala info dan pautan yang disediakan dapat memberi manfaat kepada semua sahabat pembaca yang dikasihi.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya, Sdr Fendi kerana membantu saya dengan bertungkus-lumus menyiapkan transformasi perubahan ke arah wajah blog ini. Segala modifikasi yang dibuat tamat sekitar jam 2.15 pagi tadi. Jasamu tidak akan dilupakan. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Sahabat sekalian, dengan adanya blog ini saya berharap sahabat-sahabat dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin kerana padanya terdapat pelbagai info yang berguna dalam kehidupan seharian. Antaranya ilmu agama, kisah pengajaran, tips kesihatan, dan ruang santai. Saya juga telah selitkan iklan yang memaparkan peluang pekerjaan secara sambilan buat sahabat-sahabat yang masih belajar untuk meringankan serba sedikit beban kehidupan di kampus. Untuk itu, saya seru supaya sahabat sekalian sentiasa update dengan sebarang info yang dipaparkan. Mudah-mudahan ianya berguna.

Blog ini juga akan dijadikan platform untuk mengiklankan sebarang produk bisnes yang saya ceburi baru-baru ini. Alhamdulillah, atas bimbingan dan nasihat daripada senior saya, dapat juga saya menceburi peluang perniagaan yang bukan sahaja dapat menjana pendapatan sampingan, malah dapat membantu orang ramai dari segi aspek kesihatan kerana produk-produk yang diniagakan semuanya berteraskan kesihatan. 

Akhir kalam, terima kasih yang tidak terhingga kepada junior-junior dan juga sahabat-sahabat saya yang telah mengirimkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada saya melalui laman facebook. Saya berasa sungguh terharu kerana diri saya masih berada di hati kalian. You are a part of my life...

Sekian terima kasih...





4 comments :

  1. salam,
    abg..
    selamat hari lahir...
    semoga dipanjang umur,dimurahkan rezeki dan selalu diberkati oleh ALLAH swt selalu..amin :)

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun, moga dipanjang usia, murah rezeki, berjaya selalu dan dirahmati ALLAH:-)

    ReplyDelete