IKLAN NUFFNANG

Saturday, February 20, 2010

RAHSIA KENING ATAU ALIS

KENING YANG LEBAT DAN HITAM

Memberikan tanda bahawa pemiliknya adalah seorang yang keras sekali sifatnya dan tidak mahu menyudahkan sesuatu tugas selagi mereka belum puas hati. Mereka adalah antara golongan yang menmiliki prinsip hidup. Sudah pasti mereka mempunyai bakat sebagai pemimpin. Dalam bidang asmara, mereka pandai sekali. Mereka tidak dapat hidup tenang jika belum mendapatkan pasangan yang benar-benar serasi dengan keinginannya.

ALIS TIPIS DAN KURANG BULU

Memberikan tanda bahawa pemiliknya adalah seorang yang tidak mempunyai tanggungjawab yang baik dan mahu bersenang-senang sahaja. Mudah tertarik dengan hal-hal yang materialistik. Tidak mempunyai inisiatif yang menonjol dan sikapnya lembab serta pemalas.

ALIS BULUNYA JARANG

Memberi tanda bahawa pemiliknya adalah seorang yang optimis sekali terhadap sesuatu. Mudah sekali mengeluarkan air mata apabila menghadapi tekanan perasaan. Pendiriannya kurang teguh dan perlu sekali bimbingan agar dapat memperolehi kepercayaan pada diri sendiri. Pada hakikatnya mereka boleh menjadi seorang ibu rumahtangga yang baik dan memiliki rasa tanggungjawab yang cukup baik.

ALIS YANG WARNANYA LEBIH MUDA DARIPADA RAMBUT

Memberikan tanda bahawa pemiliknya adalah seorang yang sensitif. Suka dengan hal-hal yang berbau seni. Kemahuan kuat sekali dalam mengejar apa yang dicita-citakannya. Tidak mudah untuk berputus asa dan selalu mencari akal untuk dapat mencapai tujuannya. Tidak mahu bermain dengan tujuan hidupnya, kerana itu perjuangan kental untuk tidak bergantung pada pihak lain. Selain daripada itu, mereka juga merupakan kekasih yang tidak membosankan. Dia dapat mengikuti apa yang menjadi selera pasangannya. Pelbagai jalan akan ditempuh untuk dapat memberikan kepelbagaian yang tidak menjemukan.

ALIS MELENGKUNG HINGGA MENDEKATI HIDUNG

Memberikan tanda bahawa pemiliknya adalah seorang yang seleranya kartun. Mereka akan berusaha dengan kemampuannya untuk dapat menciptakan suasana yang selalu penuh dengan kesegaran termasuk memiliki kekasih. Mereka senang untuk banyak bergerak dalam kegiatannya di luar rumah. Ideanya cemerlang dan dapat berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa.

BENTUK ALIS YANG MENANJAK

Memberikan tanda bahawa pemiliknya adalah seorang yang keras kepala dan sombong diri. Suka meremehkan hasil usaha orang lain dan suka menghina. Nafsunya tentang seks dan duniawi cukup besar. Dapat menjadi seorang isteri yang menyenangkan.

BENTUK ALIS YANG MENDATAR

Memberikan tanda bahawa pemiliknya adalah seorang yang terlampau lembab dalam setiap gerakannya dan kurang mempunyai inisiatif.

Fakta ini berdasarkan kajian ahli psikologi. Mungkin boleh diambil ikhtibar bagi memperbaiki hidup kita.

Wallaua'lam

1 comment :

  1. Bagus..juga telahan itu..cuma maklumat memberat kepada elemen negatif kerana itu penting kerana sifat manusia sekiranya serupa maka alam ini tidak terasa indah untuk hidup bermasyarakat

    ReplyDelete